Robinson Crusoe
Robinson Crusoe

Robinson Crusoe

Robinson Crusoe (IPA: /ˌrɒbɪnsən ˈkruːsoʊ/) merupakan sebuah novel yang ditulis oleh Daniel Dafoe dan ia pertama kali diterbitkan pada 25 April 1719. Edisi pertama terbitan ini dikreditkan kepada protagonis novel tersebut, Robinson Crusoe sebagai pengarangnya dan ini menyebabkan ramai pembaca percaya bahawa dia merupakan orang sebenar dan buku ini adalah kisah perjalanannya yang sebenar.[2]Dengan bentuk warkah, pengakuan dan didaktik, buku ini adalah autobiografi cereka bagi watak utama (dengan nama lahir sebagai Robinson Kreutznaer), orang terdampar yang menghabiskan tahunnya di sebuah pulau terpencil berdekatan Trinidad, berhadapan dengan puak kanibal, orang tawanan dan pemberontak sebelum dia diselamatkan.

Berkaitan